fbpx

Gelandangan cederakan wanita dipenjara enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Fail. Gelandangan yang ditahan polis sebelum ini.

KLANG – Seorang lelaki gelandangan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mencederakan seorang wanita sehingga parah, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, hukuman ke atas tertuduh berusia lingkungan 40-an itu diputuskan oleh Majistret P. Sarulatha hari ini.

“Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah kepada mangsa.

“Dalam prosiding bermula pukul 9.30 pagi itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan ke atas tertuduh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera di muka dan kepala apabila diserang seorang gelandangan dalam cubaan samun di sebuah pusat beli belah di sini pada 18 Mei lalu.

Suspek berusia 40-an itu kemudiannya berjaya ditahan di Jalan Tiara Bandar Baru Klang di sini, kira-kira pukul 5 petang, Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI