fbpx

PTP, LPJ sambut Syawal bersama penghuni rumah kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUkarelawan PTP dan LPJ menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penghuni Baitus Solehah di Johor Bahru baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP) bersama Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah meraikan 130 penghuni dari tiga buah rumah kebajikan di Johor bersempena Syawal baru-baru ini.

Program yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Kumpulan itu turut menghulurkan sumba­ngan kepada penghuni di Baitus Solehah iaitu sebuah pusat perlindungan bagi golongan wanita; PDK Nusajaya, pusat pemulihan komuniti untuk orang kurang upaya seperti lembam, autisme dan sindrom down serta Pusat Jagaan Kasih Rohani iaitu sebuah rumah warga emas.

Selain menikmati hidangan nasi briyani, penghuni turut menerima sumbangan barangan kering antaranya beras, tepung, minyak masak, gula dan lampin pakai buang.

Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, program tradisi ini telah dimulakan sejak tahun 2018 untuk meraikan penghuni rumah kebajikan pada musim perayaan.

“Program seperti ini memberikan peluang kepada 35 sukarelawan PTP dan LPJ untuk berinteraksi, mengeratkan hubungan antara sukarelawan dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar LPJ, Kamaruzaman Munasir menjelaskan, ini adalah peluang terbaik buat sukarelawan beramah mesra dengan penghuni rumah kebajikan memandangkan sebelum ini pandemik telah mengekang aktiviti seperti ini dianjurkan.

“Lebih istimewa, kami me­raikan hari lahir penghuni yang lahir dari bulan Januari sehingga Mei, walaupun sambutan dibuat secara sederhana tetapi ia cukup memberikan kesan besar terhadap emosi dan ingatan mereka,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI