fbpx

Dikutuk gemuk, paha besar, Janna terfikir nak potong usus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan bentuk fizikal seseorang sebagai bahan jenaka.

PETALING JAYA – Dicemuh gemuk dan memiliki paha besar, pelakon dan penyanyi Janna Nick mendedahkan pernah terfikir untuk menjalani pembedahan batriatik atau pintasan perut (potong usus).

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner mengakui tersinggung dan sedih dengan pandangan orang ramai tentang saiz fizikalnya.

“Saya rasa sedih. Selama ini, saya tak peduli pun bila orang cakap saya gemuk, paha besar.

“Tapi, kali ini, saya betul-betul terasa sampai fikir nak potong perutlah. Bodohkan? Tapi takpalah, saya akan buktikan, saya boleh kurus, biarlah orang nak sakitkan hati saya,” katanya menerusi satu perkongsian video dalam Instagram.

Kata Janna, 27, dia akan terus melakukan perkara yang membahagiakan dirinya selagi tidak menyakitkan hati orang lain.

Pada masa sama, pelantun lagu Gatal itu menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan saiz fizikal seseorang sebagai bahan jenaka.

“Biarlah orang nak sakitkan hati saya, yang penting saya tak sakitkan hati orang lain.

“Saya harap, kalian yang tengok video saya, tolong, berhenti ‘bodyshaming’ orang lain. It’s not cool (tak seronok pun),” katanya.

Terdahulu, Janna memuat naik suntingan video yang memaparkan dirinya sedang bersenam di sebuah gimnasium untuk membuktikan bahawa dia juga boleh memiliki tubuh badan idaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI