fbpx
ABRAHAM memikul harapan Roma untuk menamatkan penantian apabila bakal mengetuai jentera serangan berdepan Feyenoord. – AFP

AS Roma mula idam tamatkan penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM – AS Roma kini selangkah lagi untuk menamatkan penantian menjuarai gelaran di pentas Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab itu sejak memena­ngi Piala Inter-Cities Fairs pada musim 1960/1961.

Ketua Jurulatih Roma, Jose Mourinho menggesa barisan pe­mainnya agar bersedia sepenuhnya menjelang aksi final Liga Konferens Europa menentang Feyenoord di Arena Kombetare di Tirana, Albania awal pagi esok.

Pengendali berusia 59 tahun itu juga mengingatkan anak-anak buahnya supaya tidak terlalu ghairah memburu kejuaraan kerana sebarang kesilapan boleh mengundang risiko buat pasukan.

“Liga Konferens Europa adalah pentas ‘Liga Juara-Juara’ kami. Inilah tahap yang sepatutnya kelab ini bermain selepas sekian lama gagal melangkah sehingga ke perlawanan akhir.

“Ia juga peluang untuk kami merangkul gelaran Eropah yang pertama.

“Saya harap para pemain dapat mengharungi final ini dengan memberikan prestasi paling baik yang mereka miliki.

“Kami perlu lupakan sejarah Roma, hanya fokus kepada lawan di final nanti. Ia akan menjadi satu momen yang paling indah buat semua penduduk di Rom jika kemenangan milik kami,” kata Mourinho.

Penyerang England, Tammy Abraham pastinya menjadi per­taruhan utama Roma berdasarkan prestasi cemerlangnya me­le­dak 17 gol daripada 37 perlawanan Serie A sejak berhijrah daripada Chelsea awal musim ini.

Sebagai rekod, Roma berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Feyenoord ketika kali ter­akhir kedua-dua pasukan berte­mu pada pusingan 16 terbaik Liga Europa pada 2015. – AGENSI

POPULAR