fbpx

Malaysia mampu gondol 45 emas di Vietnam – Nur Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AZMI

HANOI – Meskipun menutup tirai Sukan SEA Vietnam 2021 dengan 39 emas, namun ketua kontinjen Sukan SEA, Datuk Nur Azmi Ahmad menjelaskan, tambahan ‘emas bonus’ mampu dicapai.

Perkiraan awal, kontinjen menyifatkan sasaran 36 pingat emas di Hanoi sepatutnya dicapai Isnin lalu berbanding pada Jumaat.

Bagaimanapun, kegagalan mencapai sasaran lebih awal menyebabkan kontinjen perlu menampung defisit kutipan emas menerusi pingat ‘bonus’ yang diraih.

“Sukan seperti renang sepatutnya dapat dua emas tetapi hanya menyumbang satu emas. Memanah sepatutnya memberikan tiga emas tetapi hanya dua dicapai. Silat sepatutnya tiga emas tetapi dapat dua. Petanque sepatutnya dapat dua emas tetapi tak dapat apa.

“e-Sukan sepatutnya memberikan satu emas tetapi tidak dapat dan boling wanita, mereka pada awalnya menyasarkan satu emas dan kegagalan ini terpaksa ditampung sukan lain,” kata Nur Azmi ketika merumuskan pencapaian kontinjen pada temasya edisi ke-31 itu.

Tambahnya, kontinjen negara secara keseluruhan mampu mencapai 45 emas dengan sumbangan kilauan pingat ‘bonus’ daripada sukan seperti golf, karate, wushu, taekwondo, menembak, berbasikal dan gimnastik.

“Sebenarnya, jika dikirakan sasaran 36 emas itu, ia sepatutnya dicapai Isnin lalu. Bermakna, kalau dijumlahkan antara 36 emas itu dengan sumbangan yang kita dapat bonus daripada lapan sukan termasuk golf, karate, wushu, taekwondo, menembak, berbasikal dan gimnastik, kita sudah meraih 45 emas.

“Jadi, kita terpaksa menggunakan emas bonus yang ada iaitu sembilan bagi menampung kekurangan bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sasaran 36 emas tercapai.

“Pada akhirnya, kita cuma ada tiga atau empat emas (bonus) saja dan menutup tirai dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa dengan jumlah keseluruhan 174 pingat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI