fbpx

Jambatan sesak 4 jam, 20 kek konvo rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
angkap layar kek yang rosak gara-gara terkandas dalam kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

PETALING JAYA – Setiap peniaga atau usahawan pasti melalui pelbagai detik sukar bagi menggapai kejayaan dalam sesebuah perusahaan.

Seperti yang dikongsikan di Facebook Afif Fahimi, seorang peniaga kek dipercayai adiknya reda menerima dugaan apabila 20 biji kek jualannya telah rosak akibat terkandas di dalam kesesakan selama hampir empat jam.

Difahamkan, jualan tersebut yang dibuat untuk konvokesyen di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah cair kesemuanya dan tidak dapat dijual.

“Dugaan adik perempuan saya hari ini, terkandas empat jam kerana trafik sesak di Jambatan Pulau Pinang. 20 biji kek jualan untuk konvokesyen USM habis rosak.

“Tetapi dia kental walaupun nampak je mata dia merah nangis dalam kereta tadi. Air mata tu bukan putus asa, tapi itu lah air mata kekuatan cabaran berniaga,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Tambahnya, sebagai abang, perkara tersebut turut menyentuh hatinya apabila melihat hasil seni dan kerja keras ahli keluarganya itu tidak menjadi seperti yang direncanakan.

“Kesian juga apabila lihat usaha adik perempuan saya macam itu, tetapi saya percaya bahawa setiap kejayaan yang diraih dalam perniagaan bukanlah satu perkara mudah,” ujarnya.

Susulan daripda itu, rata-rata orang ramai mendoakan agar urusan wanita berkenaan dipermudahkan dan semoga bertambah maju pada masa hadapan.

“Bertabahlah adik, dugaan buatmu. InsyaAllah ada hikmah di atas apa yang berlaku. Kuat kan semangat dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan selepas ini,” kata Ar-Rozzy Esmael.

“Saya percaya semua ini akan menguatkan diri kita lagi. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anda semua,” seloroh Nazar Yamat.

“Allahu. Semoga perniagaan bertambah maju dan ada rezeki yang lebih baik selepas ini,” ujar Sheada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI