fbpx

CLC dibubarkan selepas tujuh tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN CLC

SELEPAS berlaku pengunduran empat ahlinya sebelum ini, akhirnya kumpulan CLC sah akan dibubarkan menjelang Jun ini.

Agensi yang menaungi CLC, Cube Entertainment dalam satu kenyataan menjelaskan tentang berita pembubaran kumpulan yang dianggotai tujuh ahli itu iaitu Seung-yeon, Seung-hee, Yujin, Sorn, Yeeun, Eunbin dan Elkie.

CLC yang memulakan debut pada 2015 mula goyah apabila dua anggotanya, Elkie dan Sorn mengundur diri masing-masing pada Februari dan November 2021.

Diikuti dua lagi ahli lain iaitu Seung-yeon dan Yeeun yang meninggalkan Cube Entertainment pada Mac lalu selepas kontrak mereka berakhir.

Dalam kenyataan sama, Cube Entertainment turut memaklumkan tentang penutupan laman peribadi CLC iaitu CLC U CUBE tetapi Cheshire (kumpulan peminat) masih dapat mengaksesnya dalam jangka tertentu.

“Disebabkan kegiatan aktiviti CLC sudah berakhir, operasi CLC U CUBE akan dihentikan pada 6 Jun ini.

“Kami merancang mengizinkan peminat membaca perkongsian dalam laman ini untuk jangka waktu tertentu demi menghargai kenangan bersama anggota CLC.

“Tetapi tarikh akhir dapat diakses pada 6 Jun,” kata agensi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI