fbpx

Kemalangan musim raya di Terengganu meningkat 4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaimi (berdiri, tiga kanan) melayan sebahagian tetamu pada Rumah Terbuka IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan peningkatan kemalangan jalan raya iaitu 558 kes sepanjang pelaksanaan Op Selamat 18 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berakhir 8 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, berlaku pertambahan 20 kes atau empat peratus berbanding 538 kes kemalangan yang direkodkan bagi tempoh sama pada tahun 2019.

Namun begitu, jelasnya, kemalangan maut telah menurun kepada lapan kes dengan sembilan kematian berbanding 11 kes pada tiga tahun lalu sebelum penularan Covid-19.

“Penurunan kes kemalangan maut dan kelancaran trafik ini juga dianggap kejayaan apabila Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dipilih sebagai kontinjen kedua terbaik keseluruhan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pula dinobat sebagai ketiga terbaik negara bagi kategori IPD,” katanya yang ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri IPK Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Rohaimi memberitahu, sebanyak 13 kes pecah rumah melibatkan kerugian keseluruhan RM51,535 dicatatkan di seluruh negeri ini sepanjang tempoh Op Selamat 18.

Ujar beliau, kes pecah rumah itu direkodkan di empat daerah iaitu Kuala Terengganu dengan lapan kes, Besut dan Dungun masing-masing dua kes serta satu kes di Kemaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI