fbpx

Bekas ketua pesuruhjaya SPRM tidak tolak kemungkinan tanding PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkifli (kanan) mengagihkan ikan secara percuma kepada penduduk di sekitar Tasek Gelugor di Maahad Tahfiz As Syafee (Matas) di Tasek Gelugor hari ini.

SEBERANG PERAI – ‘Saya sebenarnya tidak terlibat dengan politik dan bukan ahli kepada mana-mana parti politik. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya ada kehendak daripada rakyat Tasek Gelugor untuk saya bertanding (pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).”

Demikian ujar Penasihat Kehormat Kelab Anak-Anak Pulau Pinang, Tan Sri Dzulkifli Ahmad ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau akan bertanding pada PRU akan datang selepas terdapat ura-ura mengenai perkara itu ketika ini.

Dzulkifli yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, sama ada terlibat dengan pilihan raya atau tidak, beliau akan terus berbakti kepada penduduk di sekitar kawasan itu.

“Saya sebenarnya dilahirkan di Kepala Batas. Kemudian, bapa saya berpindah ke Tasek Gelugor. Jadi, tempat ini juga merupakan kampung saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa program pengagihan ikan percuma bersama pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi di hadapan Maahad Tahfiz As Syafee (Matas) di Tasek Gelugor di sini.

Pada program tersebut, lebih satu tan ikan kembung yang dibungkus dalam plastik seberat lebih satu kilogram diagihkan kepada penduduk setempat termasuk pengguna jalan raya yang lalu di kawasan tersebut dan ia habis dalam tempoh lebih sejam sahaja.

Selain Matas, pengagihan ikan percuma itu turut dibuat di hadapan pejabat Dzulkifli di Jalan Pokok Sena di sini.

Dalam pada itu, Dzulkifli berkata, tujuan program tersebut diadakan ialah bagi meringankan beban penduduk setempat khususnya susulan peningkatan harga barang termasuk ikan pada ketika ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI