fbpx

Lebih 50 peratus tiket konsert Anuar, Ziana Zain sudah terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSERT Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), 6 Ogos depan..

PETALING JAYA – Tidak sampai tiga jam dibuka untuk jualan, tiket konsert pasangan adik beradik Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur berjaya dijual lebih 50 peratus dalam masa dua jam selepas dilancarkan bermula pukul 3 petang semalam.

Konsert berprofil tinggi menggabungkan kedua-dua peenghibur tanah air hebat itu dijadualkan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), 6 Ogos depan.

Bukanlah pertama kali berkolaborasi dalam konsert skala besar bersama kakaknya, namun Anuar menyifatkan peluang dan kepercayaan yang diberikan penganjur sebagai satu penghormatan buat mereka berdua.

“Bersyukur atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kami mengambil peluang ini untuk bertemu dan menghiburkan peminat yang sekian lama menginginkan persembahan kami berdua.

“Konsert ini bakal menjadi momen kolaborasi indah buat saya dan kakak saya yang telah sekian lama berada di dalam industri ini,” ujar Anuar.

Bakal memberi persembahan yang akan menjadi mimpi indah buat penonton, pelantun lagu hit Lelaki Ini juga dijangka menampilkan sebuah kolaborasi epik bersama Ziana Zain dalam konsert tersebut.

Bagi Ziana sendiri, Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 disifatkan sebuah hadiah kepada peminat sepanjang pembabitan mereka sebagai pelaku seni.

“Konsert ini akan menjadi ‘golden moment’ bukan sahaja buat peminat tetapi kami dua beradik.

“Kami sangat berterima kasih kepada penganjur, Trumpet International Sdn Bhd yang berani mengetengahkan Anuar dan Ziana Zain dalam konsert ini pada saat dunia hiburan tempatan kita baru ingin giat semula,” katanya.

Ziana dan Anuar bakal mempersembahkan lebih 20 lagu selama 90 minit merangkumi lagu popular masing-masing serta beberapa lagu duet.

Tiket konsert berharga RM288, RM588, RM788, RM988 sehingga RM1,188 boleh dibeli menerusi laman web www.excitix.com.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon 010-309 8998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI