fbpx

PKNS mampu untung RM300 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua, kiri) dan Mahmud Abbas (kiri) beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS di Pusat KOnvensyen Shah Alam hari ini. Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menjangka Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mampu  beroleh keuntungan sehingga lebih RM300 juta tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, unjuran itu susulan daripada inisiatif penyusunan semula pelaburan dan elemen korporat yang dilaksanakan syarikat, selain perkembangan positif dalam sektor pembinaan.

“Dua tahun lepas, kami rugi RM500 juta dan tahun 2021 catat untung RM30 hingga RM40 juta. Ini menunjukkan pelan jangka pendek dan panjang berjalan dengan baik.

“Bagi tahun ini, kami jangka antara RM200 hingga RM300 juta (keuntungan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri rumah terbuka PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

Majlis tersebut dihadiri lebih 2,000 orang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas.

Amirudin Shari bercakap kepada pemberita pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS. Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

Amirudin memberitahu, pandemik Covid-19 yang melanda menyebabkan sebahagian kedudukan akaun mencatatkan nilai negatif pada 2020 akibat berlakunya rosot nilai.

Ujarnya, apabila rosot nilai pelaburan berjaya diatasi, PKNS berjaya mencatatkan keuntungan, menunjukkan kekuatan perniagaan anak syarikat kerajaan negeri itu masih ada.

“PKNS sudah berusia 50 tahun dan banyak perubahan, penyusunan perlu dilakukan dengan memfokuskan kepada adaptasi perubahan semasa.

“Justeru, PKNS harus keluar daripada comfort zone (zon selesa) agar tidak hanya terkenal pada sektor perumahan dan pembinaan malah boleh memenuhi perkara-perkara lain yang diminta oleh pasaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI