fbpx

Skuad berbasikal bukit cipta kejutan pada Sukan SEA Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD SYAZRIN, Nur Assyira, Natahsya dan Zulfikri ceria menggigit pingat emas masing-masing yang dimenangi dalam acara rentas desa Olimpik campuran di wilayah Hoa Binh semalam.

HANOI – Skuad berbasikal bukit (MTB) negara menggegar Hanoi apabila berjaya menuai emas ke-20 negara pada Sukan SEA Vietnam 2021 dalam acara rentas desa Olimpik campuran semalam.

Beraksi di venue yang terletak di wilayah Hoa Binh, kira-kira 100 kilometer (km) dari bandar Hanoi, pasukan negara berjaya melengkapkan perlumbaan de­ngan catatan 1 jam 23 minit dan 14 saat, sekali gus mengenepikan cabaran tuan rumah, Vietnam pada saingan sejauh 20.8 km tersebut.

Lebih manis, pingat emas diraih Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Natahsya Soon dan Nur Assyira Zainal Abidin itu hadir dalam penyertaan pertama skuad MTB dalam acara berkenaan pada temasya sukan dwitahunan Asia Tenggara itu.

Vietnam yang disertai Van Linh Dinh, Van Nhat Bui, Thi Nhu Quynh Dinh dan Thi Thom Ca menamatkan saingan de­ngan 1:23.48s untuk meraih perak, manakala gangsa menjadi milik Thailand yang diwakili Supuksorn Nuntana, Warinthorn Phetpraphan, Phunsiri Sirimongkhon dan Keerati Sukprasart menerusi catatan 1:24.54s.

“Saya sangat gembira kerana dapat meraih pingat ini untuk Malaysia. Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana memberikan pingat emas ini dan juga terima kasih kepada semua,” kata Ahmad Syazrin yang pernah memenangi Kejohanan Kebangsaan dalam acara rentas desa Olimpik lelaki elit pada Mac tahun ini.

Ahmad Syazrin menggalas cabaran besar pada perlumbaan tersebut apabila menjadi selaku pelumba pertama.

“Cabaran itu, pastinya besar kerana saya adalah pelumba pertama pasukan. Pada ketika kilometer awal itu, ada jurang antara saya dan pelumba di kelompok depan. Namun, pada tiga kilo­meter akhir, saya dapat kejar dan dapat tempat kedua,” kata pelumba berusia 25 tahun itu.

Pingat emas diraih Ahmad Syazrin, Zulfikri, Natahsya dan Nur Assyira ini adalah yang pertama dalam acara berkenaan selepas Malaysia turut pernah melakar gangsa menerusi Masziyaton Mohd. Radzi pada Sukan SEA Laos 2009 dalam acara rentas desa wanita.

Masziyaton kemudian menukar warna pingat berkenaan kepada perak pada edisi sete­rusnya di Indonesia, dua tahun kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI