fbpx

Lelaki Bangladesh dijel sehari, denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOSTAFA MOHAMMAD (tengah) dipenjarakan selama sehari selepas mengaku bersalah atas kesalahan memberi suapan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pemilik premis perniagaan warganegara Bangladesh dipenjarakan satu hari dan didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah RM250 kepada Pegawai Penguatkuasa Gred N41, Januari lalu.

Tertuduh, Mostafa Mohammad, 34, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, Mostafa secara rasuah memberikan satu suapan wang tunai RM250 kepada Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas kedai runcit Nur Mostafa.

Tertuduh melakukan perbuatan itu setelah melanggar syarat-syarat lesen iaitu menjual arak tanpa lesen, menjual rokok tanpa cukai, membela ayam hidup untuk jualan dan meletakkan barang dagangan di kaki lima sehingga menimbulkan halangan.

Mostafa melakukan perbuatan itu di Pejabat Jabatan Penguatkuasaan MBIP kira-kira pukul 12 tengah hari, 19 Januari lalu.

Bagi perbuatan tersebut, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 17(b) AktaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Lelaki itu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Nik Lokman Hakim Nik Mohd. Nor manakala tertuduh diwakili peguam, Hussin Othman.

Dalam rayuannya, Hussin memberitahu anak guamnya tidak mempunyai rekod lampau dan mempunyai tanggungan dua orang anak berusia tiga dan lima tahun manakala isterinya tidak bekerja.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI