fbpx

Polis kesan lelaki curi ekzos kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki disyaki mencuri ekzos sebuah kereta dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa telah meletakkan kereta jenis Honda Accord itu di hadapan rumahnya pada pukul 9 malam tadi.

“Apabila mangsa ingin menghantar anak ke sekolah pagi tadi, terdapat bunyi yang pelik semasa kereta dihidupkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati ekzos kereta telah hilang dan mangsa mengesyaki ekzos tersebut telah dicuri,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mendapati ekzos kereta itu telah dicuri seorang lelaki.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun serta boleh dikenakan denda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI