fbpx

India sedia eksport gandum ke negara memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buruh menggunakan penyodok untuk mengasingkan biji gandum daripada sekam di pasar borong bijirin di pinggir Amritsar pada 16 April lalu. - AFP

NEW DELHI – Kerajaan India memaklumkan negara itu bersedia membuka ‘koridor khas’ untuk mengeksport gandum ke negara yang benar-benar memerlukan, lapor stesen penyiaran ABC, kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan susulan pengumuman sekatan eksport hasil gandum negara itu Sabtu lalu selepas ia didapati mengganggu bekalan makanan domestik India.

Setiausaha Perdagangan India, B.V.R. Subrahmanyam memberitahu bahawa kerajaan juga akan membenarkan syarikat swasta memenuhi komitmen yang telah dipersetujui untuk mengeksport hampir 4.3 juta tan gandum sehingga Julai ini.

Sebagai makluman, India telah mengeksport sejuta tan gandum pada bulan April.

Hasil gandum India merupakan sumber bekalan utama ke negara-negara jiran seperti Bangladesh, Nepal dan Sri Lanka.

Notis dalam warta kerajaan oleh Direktorat Perdagangan Luar menyatakan kenaikan harga global bagi gandum telah mengancam keselamatan makanan India.

Justeru, matlamat utama sekatan ke atas eksport adalah untuk mengawal kenaikan harga domestik selepas harga gandum global telah meningkat lebih 40 peratus sejak awal tahun ini.

Di India, harga gandum telah melonjak sebanyak 20 hingga 40 peratus.

“Kenaikan harga semasa adalah reaksi panik dan bukannya reaksi berdasarkan kejatuhan sebenar dalam bekalan atau permintaan mendadak,” katanya.

Sebelum perang, Ukraine dan Rusia menyumbang satu pertiga daripada eksport gandum dan barli global.

Bagaimanapun, sejak pencerobohan Rusia pada 24 Februari lalu, pelabuhan di Ukraine telah disekat dan infrastruktur awam serta pusat penyimpanan bijirin telah dimusnahkan.

Pada masa yang sama, India berdepan cabaran tersendiri apabila negara itu mengalami gelombang haba paling dahsyat dalam sejarah sehingga membantutkan penuaian tanaman. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI