fbpx

Ukraine dakwa operasi gulingkan Putin sudah bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Spekulasi mengenai keadaan kesihatan Putin juga didakwa menjadi faktor operasi rampasan kuasa yang sedang dijalankan. - AFP

MOSCOW – Ketua Risikan Ukraine mendakwa bahawa satu operasi rampasan kuasa bagi menyingkirkan Presiden Rusia, Vladimir Putin telah pun bermula, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Mejar Jeneral Kyrylo Budanov percaya bahawa kejayaan operasi itu bakal menjadi titik tolak kepada perubahan situasi perang yang melanda Ukraine pada ketika ini.

Budanov juga percaya peperangan antara kedua-dua negara akan berakhir sebelum akhir tahun 2022.

“Titik perubahan adalah pada bahagian kedua Ogos ini.

“Kebanyakan aksi tempur aktif akan selesai menjelang akhir tahun ini.Kami akan memperbaharui kuasa di semua wilayah kami yang telah hilang termasuk Donbas dan Semenanjung Crimea,” kata Budanov.

Putin yang menggelar serangan ke atas Ukraine sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ pada mulanya mengharapkan dapat menawan Kiev dengan mudah, namun tentangan yang diterima menyebabkan ia berlanjutan lebih lama.

Dalam pada itu, Budanov turut memaklumkan bahawa spekulasi mengenai keadaan kesihatan Putin yang dikatakan sedang bergelut dengan kanser turut menjadi punca penyingkiran kuasa beliau.

“Operasi rampasan kuasa ini akan membawa kepada perubahan seluruh kepimpinan Persekutuan Rusia,” tegasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI