fbpx

Suami isteri direman kes dera anak saudara hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk pemohonan reman selepas disyaki mendera anak saudara mereka hingga menyebabkan kematian di Desa Pengkalan, Ipoh semalam. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Pasangan suami isteri direman selama seminggu sehingga Ahad depan selepas disyaki mendera anak saudara mereka hingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu di Desa Pengkalan di sini, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 40 tahun itu direman bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini.

Terdahulu, suspek wanita yang memakai pakaian lokap berwarna jingga itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.15 pagi diikuti suaminya setengah jam kemudian dengan berpakaian baju-T biru dan seluar jeans.

Menerusi laporan media semalam, perbuatan pasangan suami isteri itu terbongkar selepas pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menemukan kesan kecederaan disyaki didera pada tubuh kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu.

Berdasarkan siasatan polis, kedua-dua suspek merupakan penjaga mangsa dan adik lelakinya yang berusia enam tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI