fbpx
BRITNEY SPEARS

Selalu kongsi gambar bogel, Britney Spears keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS beberapa hari mencetuskan kontroversi dengan berkongsi foto bogel dalam Instagram, penyanyi sensasi Britney Spears mengumumkan berita sedih apabila mengalami keguguran.

Berita duka itu dikongsikan sendiri Spears menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Saya sangat sedih apabila terpaksa memberitahu bahawa saya dan pasangan, Sam Asghari sudah kehilangan bayi kami ketika dalam peringkat awal kehamilan.

“Saat ini adalah waktu yang sangat teruk untuk diterima oleh mana-mana ibu. Mungkin kami sepatutnya menunggu untuk membuat pengumuman sehingga kandungan sudah betul-betul kuat,” katanya.

Pada masa sama, Spears juga meminta untuk diberikan ruang untuk bertenang dan berehat selepas melalui detik sedih itu.

“Saya mohon diberikan ruang. Saya akan terus mencuba untuk menambah bilangan ahli keluarga,” jelasnya.

Perkongsian pelantun lagu Toxic itu sekali gus membuatkan peminatnya turut berasa sedih dan bersimpati dengan keadaan yang menimpanya.

Pada 12 April lalu, bintang berusia 40 tahun itu memberi kejutan kepada 40 juta pengikutnya dalam Instagram apabila mengumumkan sedang hamil bersama pasangannya, Asghari.

Penyanyi yang digelar ‘puteri pop’ itu sebelum ini pernah berkahwin dengan penari latarnya, kevin Federline pada 2004 namun bercerai pada 2007. Hasil perkahwinan tersebut, Spears dikurniakan dua orang cahaya mata.

Spears kemudiannya berkahwin dengan rakannya sewaktu kecil, Jason Alexander dan bercerai 55 jam kemudian. – KOSMO! ONLINE

POPULAR