fbpx
PEMINAT mendoakan agar impian Fazura untuk dikurniakan anak kedua dipermudahkan Tuhan.

Semoga Fatima cepat jadi kakak – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELAHIRAN Nur Fatima Aisya ternyata membawa 1,001 rahmat buat pasangan selebriti terkenal Nur Fazura dan Fattah Amin.

Bagaimanapun, Fazura sebelum ini ada menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua jika diberikan rezeki oleh Tuhan.

Dengar saja hasrat tersebut memang ramai yang mendoakan agar Fazura diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.

Sepertinya dia juga tidak sabar untuk menantikan detik bahagia tersebut dan turut berseloroh dalam satu hantaran Instagramnya.

“Kenangan jalan bertiga. Manalah tahu nanti nak jadi berempat tak lama lagi. #belumlagi #doakan,” coretnya ringkas.

Gara-gara kapsyen tersebut, ribuan pengikut Instagramnya mendoakan agar hasrat tersebut dimakbulkan Tuhan.

“Semoga Fatima cepat-cepat jadi kakak,” komen netizen.

“Doa yang baik-baik begini selalunya mudah dimakbulkan Tuhan, harap selepas ini Fattah merasa untuk dapat anak lelaki pula,” komen netizen.

Amboi seronok pula semua mendoakan tetapi benda baik buat apa nak tangguh. Usia pun makin bertambah dan tidak ada salahnya untuk meramaikan lagi zuriat.

DIVA: Ramai puji filem Tiga Janda Melawan Dunia. Katanya jalan cerita memang unik.

POPULAR