fbpx

Guru SK Chembong menang cabutan bertuah Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nuraizila (kiri) dan suaminya, Zamri Nadiron bergambar bersama sebuah kereta jenis Perodua Myvi 1.5 AV yang dimenangi selepas diumum sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah Apresiasi FGM 2022 di UMK Kampus Bachok hari ini.

BACHOK – Seorang guru matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong Rembau, Negeri Sembilan tidak menyangka namanya diumum sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah kereta jenis Perodua Myvi 1.5 AV sempena Apresiasi Festival Guru Malaysia (FGM) 2022.

Nuraizila Mohd. Radi,48, berkata, kereta tajaan Perodua itu merupakan hadiah yang paling bermakna buat dirinya sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Menurutnya, kemenangannya itu membuktikan bahawa warga pendidik yang menjadi ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menerima manfaat dan kelebihan penyertaan mereka dalam yayasan tersebut.

“Saya akan menggunakan kereta ini untuk berulang-alik ke sekolah bagi menabur bakti sebagai pendidik selain menggantikan kereta sedia ada. Hadiah daripada YGMB amat bermakna dalam hidup saya dan mereka benar-benar memberi kejutan pada tahun ini.

“Saya tidak sangka akan menang hadiah utama kerana datang ke FGM 2022 ini hanya mahu dapat hadiah biasa-biasa sahaja. Saya juga difahamkan ramai guru-guru yang menunggu hadiah utama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima hadiah kereta Perodua Myvi 1.5 AV yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada Majlis Apresiasi FGM 2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid, Pengerusi YGMB, Aminudin Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

Hadiah Cabutan Apresiasi FGM 2022 berupa kereta Perodua Myvi 1.5 AV bernilai hampir RM60,000 itu merupakan hadiah paling berprestij disediakan YGMB kepada ahlinya sejak penubuhan pada 1994.

Mengulas lanjut, Nuraizila berkata, banyak kelebihan apabila warga pendidik menjadi ahli YGMB termasuk pelbagai manfaat yang terdapat dalam empat skim yayasan berkenaan.

“Saya akui bahawa apabila menjadi ahli YGMB, warga pendidik akan mendapat pelbagai manfaat. Jadi guru yang masih belum sertai yayasan ini, mereka boleh berdaftar segera untuk bernaung di bawah YGMB,” katanya yang menjadi Ahli Seumur Hidup YGMB sejak 1996. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI