fbpx

Tidak boleh duduk sejak 30 tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOANNA Klich, 32, berdiri menggunakan kerusi roda menegak. – PA Real Life

LONDON – Seorang wanita di Britain mendedahkan tidak dapat duduk seperti orang normal sejak 30 tahun lepas kerana mengalami masalah kesihatan yang jarang berlaku.

Wanita itu khuatir situasi itu bakal menyebabkan kakinya hilang keupayaan dan dia tidak dapat berdiri lagi seperti biasa selepas ini, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Pinggul Joana Klich bercantum dengan sendinya ketika dia masih kecil.

Disebabkan telah berdiri seumur hidup, wanita berusia 32 tahun itu khuatir kakinya tidak kuat lagi untuk menampung badannya.

Pakar perubatan menamakan keadaan tersebut sebagai genetik yang jarang berlaku itu sebagai atrofi otot tulang belakang yang melemahkan otot dengan penyakit teras pusat. 

Pada 2016, Klich terpaksa menggunakan kerusi roda menegak untuk menyokong badannya berdiri dan bergerak. Kesakitan dialaminya tidak dapat ditahan sehingga Klich terpaksa berhenti bekerja pada 2019.

Klich kini bergantung kepada kerusi roda untuk berdiri menegak namun semakin hari bertambah sakit disebabkan berat badannya memberi tekanan kepada anggota badannya yang lemah.

Klich sedang berusaha mengumpul £6,000 (RM32,204) untuk menjalani fisioterapi intensif swasta yang diharapkan dapat melegakan ketegangan ototnya dan mengelakkan pembedahan yang berisiko. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI