fbpx

Skuad negara mahu melangkah awal di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG (kiri) percaya dua kemenangan diraih sebelum ini memberikan suntikan semangat untuk berdepan Singapura hari ini.

HANOI – Skuad Bawah 23 (B-23) negara mempunyai pilihan sama ada mara lebih awal ke separuh akhir atau menunggu sehingga perlawanan terakhir Kumpulan B pada saingan bola sepak lelaki temasya Sukan SEA Vietnam 2021.

Bagaimanapun, sekiranya mereka mengambil pilihan pertama iaitu mengesahkan kemaraan awal, skuad kendalian Brad Maloney perlu menjinakkan Singapura ataupun seri pada aksi ketiga peringkat kumpulan di Stadium Thien Truong, Nam Dinh hari ini.

Pemain pertahanan negara, Quentin Cheng menyuarakan keyakinan bahawa rakan-rakan sepasukannya kini memiliki semangat berkobar-kobar untuk turun berdepan Singapura selepas berjaya melakar dua kemenangan dalam aksi menentang Thailand 2-1 dan Laos (3-1) sebelum ini.

Tambahnya, pasukan ke Sukan SEA Manila 2019 dan pemain yang ada ketika ini mempunyai perbezaan, sekali gus optimis skuad negara mampu membawa pulang pingat.

“Dua kemenangan sebelum ini menambah keyakinan kami untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

“Kami sentiasa memberi 100 peratus dalam setiap perlawanan dan tidak akan ambil mudah cabaran Singapura esok (hari ini) biarpun telah mengutip enam mata.

“Bagi saya, setiap pasukan mempunyai perbezaan mungkin kali ini daripada segi keserasian lebih baik sebab sudah lama bermain bersama,” katanya.

Malaysia ketika ini di landasan terbaik untuk mara ke separuh akhir, sekali gus memperbaiki pencapaian Sukan SEA edisi lalu di Manila selepas mengekal rekod bersih dalam dua perlawanan sebelum ini.

Mengulas mengenai perbezaan bermain bersama pasukan Harimau Malaya dan pasukan muda, pemain Selangor itu meng­akui setiap jurulatih memiliki ‘resipi’ berbeza.

“Sudah tentu berbeza kerana dua pasukan berbeza dan intensiti permainan berbeza, tetapi ia membawa kebaikan kepada saya apabila dapat bermain kedua-dua pasukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI