fbpx

Mayat tiga pelajar USAS dibawa ke Hospital Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mastura melawat ahli keluarga mangsa kemalangan di Casuarina Hotel Kuala Kangsar.-Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

KUALA KANGSAR – Mayat tiga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 245.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dihantar ke Hospital Taiping pagi ini.

Mayat Muhammad Nasrun Aidol Munir Akhbar, 22; Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19 dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, dihantar ke sana bagi menjalani proses bedah siasat.

Tiga waris keluarga kepada pelajar tersebut juga telah selesai memberi sampel untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Pihak hospital telah mengambil sampel darah daripada waris terdekat pelajar itu untuk dipadankan dengan DNA mangsa-mangsa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-tugas Khas), yang Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd. Yazid memaklumkan pihaknya akan memastikan urusan tersebut dipercepatkan.

Beliau semasa berjumpa ahli keluarga mangsa di Hotel Casuarina Kuala Kangsar di sjni turut menzahirkan rasa takziah serta bersimpati atas kejadian yang berlaku.

“Saya juga telah berhubung dengan Timbalan Menteri Kesihatan berhubung perkara ini supaya urusan para keluarga dipermudahkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI