fbpx

Identiti mayat pelajar USAS disahkan melalui rekod pergigian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Identiti tiga mangsa kemalangan iaitu Muhammad Nasrun (berdiri kanan), Iqbal Hasnun (berdiri kiri) dan Muhamad Nabil Haikal (mencangkung kanan) telah dikenal pasti menerusi rekod pergigian.

KUALA KANGSAR – Identiti tiga lagi mayat pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, telah disahkan melalui rekod pergigian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ia disahkan berdasarkan perbandingan dengan rekod pergigian dari klinik dan institut pergigian yang lain.

Menurut beliau, ia adalah mayat pemandu kereta, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akhbar, 22, yang berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; penumpang belakang bahagian kanan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor dan penumpang belakang bahagian tengah, Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor.

“Mayat dijangka akan diserahkan kepada waris selepas selesai proses pengecaman mayat oleh ahli keluarga sebentar lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mayat ketiga-tiga pelajar berkenaan dihantar ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat awal pagi tadi.

Manakala dua lagi mayat, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 dari Chukai, Kemaman, Terengganu dan Ahmad Akmal Mohd Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak sudah dituntut ahli keluarga masing-masing selepas selesai menjalani bedah siasat dan disahkan identiti malam semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI