fbpx

Hyelim alami kemurungan selepas bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYELIM

PENYANYI popular Korea Selatan, Hyelim membuat satu pendedahan berhubung masalah kemurungan yang sedang dihadapinya.

Bekas anggota kumpulan Wonder Girls itu membuat pendedahan tersebut dalam satu temu bual menerusi program kekeluargaan popular, Godfather.

Masalah berkenaan menjadi tambah serius selepas Hyelim melahirkan anak sulungnya beberapa bulan lalu.

“Sudah lebih 80 hari saya melahirkan Si-woo (bayi Hyelim).

“Sepanjang tempoh itu saya mengalami kemurungan dan bersedih, mungkin disebabkan perubahan hormon, namun masih okey.

“Saya rasa seluruh badan saya sakit selepas menjalani pembedahan melahirkan Si-woo. Saya rancang untuk bersalin secara normal, tetapi tidak sampai sembilan bulan dia sudah dilahirkan,” katanya sebak.

Hyelim tetap bersyukur kerana hasil sokongan moral daripada keluarga dan rakan terdekat, krisis mentalnya dapat diatasi dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI