fbpx

Eksekutif syarikat rugi RM335,000 terpedaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang eksekutif syarikat swasta terpaksa berputih mata apabila kerugian sebanyak RM335,000 terpedaya individu menyamar pegawai insurans dan pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd. Ghani berkata, mangsa iaitu wanita berusia 51 tahun menerima panggilan dari sindiket Macau Scam pada awal bulan September tahun lalu ketika berada di rumahnya di Bandar Enstek Nilai.

Menurutnya, mangsa diugut pihak insurans yang menyatakan dia telah membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali sebelum panggilan disambungkan kepada ‘Inspektor Chong’.

“Inspektor berkenaan memaklumkan mangsa mempunyai waran tangkap dan terlibat dengan penggubahan wang haram dengan seorang lelaki bernama Lim Lam Seng.

“Mangsa kemudiannya telah diminta untuk membuka akaun Bank Rakyat dan menyerahkan maklumat perbankan atas talian kepada Inspektor Chong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aibee berkata, susulan arahan tersebut, mangsa telah mengeluarkan wang daripada tiga akaun perbankannya iaitu Tabung Haji berjumlah RM80,000, akaun Maybank berjumlah RM28,000 dan Bank Islam berjumlah RM15,000.

Mangsa kemudian memindahkan semua wang ke akaun baharu Bank Rakyat, dan pada masa sama turut membuat pinjaman dengan Bank Islam berjumlah RM62,000 dan pinjaman dengan Aeon Credit berjumlah RM20,000 untuk dimasukkan ke dalam akaun yang sama.

Menurutnya, mangsa yang berasa tertipu telah membuat laporan di Balai Polis Labu semalam bagi tindakan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI