fbpx

Ramai orang luar puji lakonan Hairul Azreen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIRUL AZREEN

PETALING JAYA – Muncul dengan satu filem aksi garapan pengarah berkaliber, Adrian Teh, pelakon Hairul Azreen mengaku ramai yang memuji lakonannya selepas menonton naskhah yang diberi judul The Assistant tersebut.

Hairul atau nama sebenarnya, Hairul Azreen Idris berkata, dia sudah melakukan yang terbaik untuk menjayakan karakter Feroz dalam filem berkenaan dan terpulang kepada penerimaan audiens.

“Saya dah tengok banyak kali. Dalam lebih 20 kali saya dah tengok filem The Assistant. Jadi, perasaan yang saya dapat hari ini (malam tadi) adalah apabila waktu filem tamat bila nak keluar panggung, ramai jumpa saya dan cakap ‘Feroz gila’, terbaik dan ramai yang puji lakonan saya.

“Ini merupakan percubaan pertama saya memainkan watak yang lain daripada apa yang pernah saya jayakan. Jadi, saya sangat bersyukur dapat respons yang baik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Hairul, 34, ditemui usai malam gala filem yang turut dibintangi Iedil Dzuhrie, Henley Hii dan Farali Khan itu di ibu negara.

The Assistant terpilih mewakili Malaysia apabila disenarai pendek untuk bersaing dalam Far East Film Festival (FEFF) Ke-24 di Udine, Itali pada 22 April lalu dan Hairul sebagai teraju utama filem berkenaan berkata, orang luar sangat menghargai kualiti filem tempatan.

“Festival filem di sana, karya mereka lebih bersifat ‘art’ atau ‘deep’. Kebanyakan jalan ceritanya agak perlahan. Cerita kami pula begini dan mereka mungkin macam puaslah kan (tonton).

“Apabila kami keluar (dari panggung), mereka sampai kejar dan cakap, ‘cerita anda bagus’. Respons daripada mereka bagus. Watak Feroz salah satu hasilnya yang saya tak pernah dapat dalam mana-mana filem yang pernah saya jayakan sebelum ini.

“Bahkan, ramai yang kata lakonan saya bagus. Alhamdulillah, untuk semua itu,” ujarnya.

Filem The Assistant menelan belanja RM6 juta dan merupakan hasil kerjasama Sony Pictures Entertainment Malaysia dan Act 2 Pictures. Karya berkenaan bakal menemui penonton di Malaysia pada 19 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI