fbpx

Libasan Malaysia mampu gegar Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FAISAL (tengah) berharap Malaysia mampu meraih pingat emas meskipun sedar berdepan skuad hebat Thailand nanti.

TEKONG muda negara, Mohd. Faisal Mohd. Fuad percaya bahawa pasukan takraw negara mempunyai kualiti tersendiri dan mampu melakukan kejutan meskipun membariskan pemain muda pada temasya Sukan SEA Vietnam pada edisi kali ini.

Menjelang pada temasya dwitahunan tersebut, skuad sepak takraw lelaki negara dilihat berdepan tugas sukar apabila diundi bersama pasukan Thailand dalam acara regu berpasukan dan antara regu.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak memberi masalah kepada pasukan negara apabila bersedia untuk melakukan terbaik dalam memastikan skuad sepak takraw negara mampu membawa pulang pingat seperti disasarakan.

“Sasaran pasukan adalah untuk pingat perak tetapi impian saya adalah untuk meraih emas. Kami telah melakukan latihan untuk membawa pulang pingat emas buat Malaysia.

“Tetapi saya perlu akui kerana berdepan Thailand bukanlah satu tugas yang mudah, namun pasukan telah melakukan perancangan dan saya harap kami dapat melakukan sesuatu.

“Pada edisi kali ini, Thailand membariskan pemain-pemain berpengalaman dalam acara regu berpasukan. Jadi pasukan telah merangka dan menyusun untuk meletakkan regu terbaik apabila kali ini rata-rata pemain muda diturunkan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Faisal turut mengakui bahawa pasukan­nnya telah memperbaiki kelemahan serta mengkaji kelebihan pasukan Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI