fbpx

Hasrat Iqbal Hasnun sambung belajar di Mesir tak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Borhan menunjukkan gambar anak saudaranya Allahyarham Iqbal Hasnun (berdiri kiri) bersama ahli keluarganya ketika menyambut hari raya ketiga di Benut, Pontian ketika ditemui di rumahnya di Taman Impian Jaya, Senai, Johor hari ini.

KULAI – Hasrat Iqbal Hasnun Halimi, 23, untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir tidak kesampaian setelah terkorban dalam kemalangan tragis di Lebuh Raya Utara Selatan di Perak tengah malam tadi.

Menurut bapa saudaranya, Mohd. Hairuddin Paralan, 38, anak sulung kepada empat beradik itu bercita-cita mahu menjadi guru agama untuk mengikut jejak langkah ibu bapa yang merupakan ustaz dgn ustazah di Sekolah Islam Hidayah, Senai.

Katanya, mereka sekeluarga terkejut menerima perkhabaran menyayat hati itu apabila sempat meluangkan masa bersama arwah ketika berkonvoi mengunjungi rumah sanak saudara pada hari raya keenam, Sabtu lalu.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu, cuma dia kelihatan sangat gembira dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Dia sempat beraya bersama keluarga sebelah bapanya di Felda Semenchu, Kota Tinggi dan dan keluarga ibunya di Benut, Pontian.

“Kami terkilan dengan kejadian yang menimpa arwah dan ketiadaannya adalah satu kehilangan besar bagi kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumah arwah di Taman Impian Jaya, Senai di sini hari ini.

Iqbal Hasnun bersama empat sahabatnya rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan setelah kereta jenis Honda City yang dinaiki dirempuh treler membawa muatan besi.

Menurutnya, dia sekeluarga mengetahui insiden menimpa penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar apabila dihubungi kakaknya yang juga ibu mangsa, Siti Norlaila pada pukul 5.30 pagi.

Dia difahamkan Iqbal Hasnun dalam perjalanan pulang dari Ipoh menuju ke rumah sewanya di Kuala Kangsar sebelum terlibat kemalangan berhampiran ke Terowong Menora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI