PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan mendung melibatkan beberapa kawasan di bahagian utara semenanjung.
MetMalaysia dalam laporannya di YouTube berkata, keadaan tersebut dijangkakan berlaku sehingga lewat pagi nanti.
“Di semenanjung, keadaan mendung dan hujan lebat dijangka berlaku di persisiran pantai negeri Kedah dan Perlis serta kawasan perairan di Pulau Langkawi.
“Selain itu, hujan lebat turut diramalkan berlaku membabitkan Tawau, Sandakan dan Kudat manakala di Sarawak melibatkan Kapit, Limbang dan Miri,” katanya.
Tambah MetMalaysia, keadaan tersebut dijangka pulih bagi tempoh satu hingga dua jam sehingga tengah hari nanti. – KOSMO! ONLINE
















