fbpx

Fazura hilang penat dapat hadiah Hari Ibu daripada Fattah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA kongsi luahan kesyukuran atas ingatan Hari Ibu daripada suaminya, Fattah Amin,

PETALING JAYA – Sempena sambutan Hari Ibu, pelakon dan usawahan terkenal Fazura menzahirkan rasa terharu apabila menerima sejambak bunga dan ucapan manis daripada suami tercinta Fattah Amin.

Berbesar hari dengan penghargaan yang diterima, Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin, 38, berkata, penat lelah seharian bekerja yang dirasainya hilang apabila menerima kejutan daripada suaminya.

“Pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak ini (jambangan bunga). Terima kasih banyak-banyak suamiku. Sayang awak hubsbaby.

“Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai. Alhamdulillah, masyaAllah Tabarakallah,”katanya dalam entri Instagram tersebut.

Sementara itu, Fattah, 33, menerusi kad ucapan yang diselitkan pada jambangan bunga buat Fazura berkata dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang menjaga keluarga kecil mereka dengan baik.

“Selamat hari ibu buat isteriku yang tercinta. Ibu kepada anakandaku Fatima.

“Terima kasih mommy selalu jaga saya dan Fatima. Semoga mommy selalu dalam lindungan-Nya, berjaya dunia akhirat dan sihat selalu.

“Saya sayangkan awak hingga Jannah. Semoga akan selalu menjadi isteri dan mommy yang terbaik untuk keluarga kita,” coretnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berpendapat pelakon filem Gol dan Gincu itu bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya.

“Daddy Fatima tak pernah mengecewakan. Selamat hari ibu Fazura,” kata netizen.

“Sangat manis kerana diberikan seorang suami seperti Fattah. Gembira melihat anda berdua,” kata seorang lagi pengikut Instagramnya.

Sebagai info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI