fbpx

1,000 penduduk panik air paip bertukar menjadi ‘susu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Connie menunjukkan keadaan air ‘susu’ yang terpaksa digunakan penduduk sejak tiga minggu lalu.

MELAKA – Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Portugis di sini, hari ini panik selepas bekalan air paip di kediaman masing-masing bertukar menjadi ‘air susu’ sejak tiga minggu lalu.

Rata-rata penduduk ketika ditemui pemberita meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan kesihatan mereka yang menggunakan air itu dalam aktiviti seharian.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Perkampungan Portugis, Marina Linda Danker berkata, penduduk mulai panik selepas air itu terus menjadi keruh dan bewarna putih seakan-akan susu sejak tiga minggu lalu.

Katanya, situasi itu mencetuskan pelbagai tanda tanya dan kebimbangan sekiranya mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk.

“Air ini keluar bewarna putih seakan-akan air susu, namun apabila ia dibiarkan dalam beberapa minit ia akan bertukar jernih.

“Beberapa penduduk juga mengadu ada mengalami gatal-gatal bila mandi, jadi kami risaulah sekiranya ia mempunyai kaitan dengan kualiti bekalan air ini,”katanya.

Seorang penduduk Philip Dias, 57, mendakwa sejak kejadian dia mengalami kegatalan kulit yang dipercayai perpunca daripada air susu tersebut.

“Sejak tiga minggu lalu, saya terpaksa beli air mineral kerana selepas menggunakan air paip di rumah, kulit saya menjadi gatal.

“Saya pula menghidap kencing manis, jadi memang perlu berjaga-jaga,” katanya.

Pengusaha kedai makan, Connie Elizabeth Derouche, 57, pula memberitahu, kejadian air susu itu telah menjejaskan operasi perniagaanya apabila terpaksa membuang masa menadah air terlebih dahulu sebelum digunakan.

“Saya terpaksa tadah dan tunggu sehingga air itu bertukar jernih sebelum menggunakan untuk masakan.

“Biasanya ia keruh teruk pada waktu pagi dan malam seperti bercampur kapur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI