fbpx

MOSTI perkukuh ekosistem sokongan pembiayaan R&D PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Adham

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengorak langkah memperkukuh ekosistem sokongan pembiayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan meluluskan dana tambahan RM15 juta di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Dana tambahan berkenaan diluluskan adalah bagi membiayai projek genomic surveillance virus SARS-CoV-2.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, projek yang telah memasuki fasa tiga itu amat penting dan strategik bagi mengenal pasti dan memantau varian virus SARS-CoV-2 di Malaysia terutamanya variant of concern (VOC) seperti varian Omicron dan Delta.

Katanya, konsortium 11 makmal yang diselaraskan oleh Institut Genom dan Vaksin Malaysia-Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (MGVI-NIBM) menyasarkan untuk menjujuk sebanyak 15,000 tambahan genom virus SARS-CoV-2.

“Sehingga 27 April lalu, sejumlah 15,565 sampel telah dijujuk, dianalisis dan maklumat genom virus SARS-CoV-2 berkenaan telah dimuat naik ke pangkalan data Global Initiative on Sharing Avian Influenza Data (GISAID).

“Taburan varian-varian utama virus SARS-CoV-2 di Malaysia terdiri daripada 7,245 sampel atau 46.55 peratus dikenal pasti sebagai varian Delta, 6,374 sampel (40.95 peratus) varian Omicron, 283 sampel (1.82 peratus) varian Beta dan 33 sampel (0.21 peratus) varian Alpha,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI