fbpx

3 pengawal keselamatan maut ditembak di pusat mengundi Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA tentera memeriksa pengundi yang memasuki kawasan mengundi semasa pilihan raya presiden Filipina di Marawi, pulau Mindanao. - AFP

MANILA – Tiga pengawal keselamatan dilaporkan terbunuh selepas beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pusat mengundi di selatan Filipina, Maguindanao . 

Tembakan itu berlaku sejurus selepas sesi pembuangan undi diadakan di perbandaran Buluan di pulau Mindanao, yang menjadi lokasi perlindungan kepada beberapa kumpulan bersenjata.

Bekas Datuk Bandar, Ibrahim Mangudadatu memaklumkan bahawa orang ramai yang berada di sebuah sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi berlari mencari perlindungan apabila tembakan dilepaskan.

“Pengawal keselamatan keempat cedera dalam serangan itu,” kata jurucakap polis wilayah Maguindanao, Mejar Roldan Kuntong.

Serangan itu berlaku selepas satu lagi insiden, di mana lima bom tangan diletupkan di luar pusat mengundi di perbandaran Datu Unsay, lewat semalam, sehingga mengakibatkan sembilan orang cedera.

Beberapa minit selepas serangan, sebiji bom tangan diletupkan di kawasan kejiranan Shariff Aguak, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kedua-dua bandar itu berada di wilayah Maguindanao.

Beribu-ribu anggota polis, angkatan tentera dan pengawal pantai telah dikerahkan ke seluruh rantau itu untuk membantu memastikan keselamatan di pusat mengundi, mengiringi pegawai pilihan raya serta mengawal pusat pemeriksaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI