fbpx

Polis siasat video dakwaan polis trafik iring anak Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan dua anggota trafik mengiringi kenderaan didakwa dipandu oleh orang awam.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang membuka satu kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggotanya susulan video anggota polis trafik mengiringi orang awam yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan.

”Pada Sabtu (semalam) kira-kira pukul 8.36 malam, telah terkesan satu rakaman video tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez (Facebook).

”Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh anggota trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir.

”Pihak PDRM Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menerusi klip video berkenaan, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen.

Paparan video berkenaan mendapat kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan individu berkenaan yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan di Pulau Pinang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI