fbpx

Cabaran transformasi bisnes tradisional separuh abad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
sebahagian daripada warga kerja Desa Murni Batik yang terlibat dalam usaha transformasi syarikat ke dunia digital.

KUALA LUMPUR – Bukan mudah untuk melakukan transformasi pada model perniagaan yang telah dijalankan secara tradisional selama 49 tahun kepada dalam talian.

Itu cabaran dihadapi anak muda, Ahmad Akram Anwar, 26, yang mewarisi perniagaan keluarganya, Desa Murni Batik.

Menurutnya, pelbagai percanggahan idea timbul dalam usaha membawa perniagaan ke dalam talian.

“Ada yang setuju, ada yang tidak kerana perniagaan dalam talian memerlukan kita cari pelanggan, bukan hanya buka kedai dan tunggu orang masuk.

“Kita perlu dekati pelanggan sama ada melalui iklan ataupun bahan posting yang betul, baru pelanggan datang,” jelasnya.

Ahmad Akram

Mengulas lanjut katanya, dalam proses mengembangkan perniagaan ke dalam talian, ada rakan yang mencadangkan supaya berguru dengan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks.

“Saya mula mendapatkan maklumat mengenai Dr. Azizan dan memaklumkan kepada ibu untuk menyertai program yang dianjurkan pada November 2020.

“Bila saya masuk, saya nampak banyak lubang-lubang dalam bisnes dan lebih jelas hala tuju,” ujarnya.

Tambah Ahmad Akram, sebelum ini pertumbuhan jualan syarikat tersekat selepas mencapai paras RM1 juta setahun namun setelah mengikuti program mentoring Titanium, Desa Murni Batik berjaya meraih jualan RM11.4 juta tahun lalu.

Beliau menyasarkan angka RM20 juta pada tahun ini.

Maklumat lanjut dan produk boleh didapati di laman sesawang desamurnibatik.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI