fbpx

Semua PPS ditutup, banjir pulih di Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HISYAMMUDDIN menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Perbandaran Pontian kepada mangsa banjir di Kampung Jasa Seri Bukit Panjang, Pontian, Johor, semalam.

PONTIAN – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, Pekan Nanas di sini menjadi PPS terakhir ditutup bagi penempatan mangsa banjir petang semalam.

Menurut Seketeriat Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Pontian, PPS tersebut sebelum ini menempatkan 19 mangsa daripada 4 keluarga dari Jalan Kempas, Kampung Sri Gambut.

“Dengan penutupan PPS di SK Melayu Raya, semua 31 keluarga yang menjadi mangsa banjir telah kembali ke rumah masing-masing setelah keadaan banjir bertambah baik.

“Hujan lebat pada pagi 4 Mei lalu telah menyebabkan beberapa buah kampung dilanda banjir bermula di Kampung Paya Embun, Kampung Sri Gambut, Kampung Bukit Panjang dan Kampung Jasa Sepakat,” katanya.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah menyantuni mangsa-mangsa banjir dengan menyampaikan kurniaan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada setiap keluarga.

Sementara itu, bagi membantu meringankan beban mangsa banjir, Yayasan Perbandaran Pontian (YPP) telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM300 kepada setiap mangsa banjir yang terlibat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI