fbpx

Kongsi video rindu, ‘scandal’ setia tunggu beraya bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dan komen yang diberikan orang ramai berhubung luahan seorang wanita yang merindui kekasihnya.

PETALING JAYA – Perkahwinan adalah bentuk penyatuan dua hati, namun masih ramai individu yang gemar mengganggu kehidupan rumah tangga orang lain sehingga berlaku penceraian.

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang mendedahkan dirinya mempunyai hubungan sulit dengan suami orang meluahkan rasa rindu apabila lelaki tersebut sedang beraya bersama keluarganya.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut menzahirkan ucapan raya buat kekasihnya itu dan setia menunggu untuk menyambut perayaan Aidilfitri bersama nanti.

“Selamat hari raya suami orang tersayang, beraya dulu bersama isteri dan anak-anak you (awak) dulu.

“Nanti kita raya bersama, saya rindukan awak,” luahnya.

Selepas tular video berkenaan, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi, malah wanita tersebut dengan tenang membalas segala komen yang ditinggalkan.

“Jangan buka media sosial, nanti mereka muat naik gambar raya bersama, sakit hati,” seloroh Anarizi.

“Tak la, saya okay sahaja,” balas wanita tersebut.

“Masing-masing menunggu dengan sakit hati, nak sangat kan, kena sabar la,” ujar Mimiey Wahid.

“Nak sangat kan, kena la sabar,” balas wanita itu kepada komen yang diberikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI