fbpx

Kelantan ubah cuti umum Aidilfitri kepada 4 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad

KOTA BHARU – Kelantan mengubah hari kelepasan am atau cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri daripada tarikh asal iaitu pada 5 Mei (Khamis) kepada 4 Mei (Rabu).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu susulan daripada Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja telah mengisytiharkan bahawa umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei iaitu esok.

Menurutnya, susulan daripada itu, kerajaan negeri bersetuju untuk mengubah cuti umum Hari Raya Aidilfitri di Kelantan daripada Khamis kepada Rabu ini.

Sebelum ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengisytiharkan 5 Mei sebagai cuti peristiwa bagi negeri Kelantan selepas mengumumkan penjawat awam gred 56 dan ke bawah di negeri ini menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 pada 20 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI