fbpx

Lebih 27,000 ekor ayam ‘direbus’ hidup-hidup angkara kegagalan komputer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIKAT Hudson & Sanders dikenakan denda £44,000 (RM240,321) atas kesalahan yang dilakukan. - Getty

LONDON – Lebih 27,000 ekor ayam direbus hidup-hidup selepas sebuah ladang ternakan ayam di Leicestershire mengalami kerosakan sistem pengudaraan, lapor akhbar Metro UK.

Syarikat yang menguruskan ladang ayam tersebut, Hudson & Sanders dikenakan denda £44,000 (RM240,321) di atas kes kegagalan sistem komputer yang berlaku dua tahun lalu. 

Menerusi perbicaraan di Mahkamah Majistret Leicester, terdapat 50,000 ekor ayam di Ladang Hose Lodge ketika sistem kawalan aliran udara rosak. 

Apabila suhu di dalam reban besar meningkat dengan pantas, separuh daripada haiwan tersebut mati, manakala ayam yang terselamat mengalami tekanan haba kerana tidak dapat menyejukkan badan. 

Penggera reban berbunyi apabila suhu meningkat kepada 37 darjah Celsius untuk memberi amaran kepada kakitangan ladang berkenaan. Suhu di dalam reban sepatutnya lebih rendah sebanyak 10 darjah Celsius.

Majlis Daerah Leicestershire mendakwa syarikat Hudson & Sanders kerana cuai dalam penjagaan ayam yang sedang diternak. 

Syarikat itu juga gagal memastikan kakitangan yang mencukupi untuk menjaga ayam dan mereka tidak dilatih pada tahap yang diperlukan. Pekerja yang bertugas ketika itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan semasa krisis berlaku.

Mahkamah mendapati syarikat Hudson & Sanders tidak pernah disabitkan atas kesalahan sebelumnya dan mempunyai reputasi yang sangat baik dalam industri ternakan ayam. 

Firma itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2006. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI