fbpx

Guru terperdaya scammer menyamar pegawai KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang guru berputih mata apabila kerugian sebanyak RM276,000 selepas diperdaya scammer menyamar pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd. Ghani berkata, mangsa iaitu wanita berusia 41 tahun telah dihubungi oleh individu mendakwa dari KKM Putrajaya pada 6 April lalu kira-kira pukul 2.30 petang.

Menurutnya, mangsa dimaklumkan ada membuat pembelian ubat pada setiap bulan dengan berlebihan kuantiti dari 1 hingga 28 Mac di Klinik Komuniti Ipoh, Perak.

“Seperti biasa modus operandi scammer, panggilan mangsa juga disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan laporan telah dibuat. Semakan ke atas nombor kad pengenalan mangsa mendapati mangsa mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bernama Tan Boon Huat berkaitan kes penipuan.

“Individu tersebut telah dipenjara, namun terdapat 400 keping kad ATM debit berada di rumah suspek berkenaan dan mangsa ditakut-takutkan salah satunya milik mangsa. Malah, mangsa juga didakwa telah mengambil duit dari Tan Boon Huan sebanyak RM273,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Aibee lagi, mangsa dinasihatkan untuk tidak memaklumkan perkara berkenaan kepada individu lain bagi mengelak tindakan penangkapan ke atas mangsa serta dimasukkan ke dalam lokap. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI