fbpx

Gadis cuci tilam tebal guna air dikecam netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi seorang remaja perempuan yang mencuci sebuah tilam menggunakan air. – Twitter

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang remaja perempuan mencuci tilamnya yang tebal dengan menggunakan air, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @jowoshitpost. 

Menerusi video tersebut, seorang remaja perempuan berbaju labuh dan bertudung coklat kelihatan di halaman rumahnya.

Remaja itu mencuci tilam berwarna merah jambu dan putih dengan menghamparnya di atas tikar biru.

Dia membawa baldi berisi air lalu menjirusnya pada tilam. Selepas itu, dia memijak-mijak tilam itu sambil meratakan air menggunakan kakinya. 

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya cuci tilam dengan cara seperti ini, esoknya dihalau,’’ tulis seorang netizen.

“Ini adalah cara yang sepatutnya dilakukan untuk mengeringkan tilam di padang pasir,’’ komen netizen lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI