fbpx
Depoh Imigresen Sementara Relau

Kerajaan kaji desakan tutup depoh Relau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji desakan penduduk yang mahu Depoh Imigresen Sementara Relau ditutup ekoran bimbangan mengenai isu keselamatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi maklum balas tersebut ketika ditanya berhubung desakan penduduk yang bimbang susulan kejadian tahanan etnik Rohingya merusuh dan meloloskan diri dari depoh tersebut baru-baru ini.

“Kita akan kaji semula susulan permintaan oleh mereka yang duduk di kawasan itu,” katanya ringkas pada pemberita dalam sidang akhbar Majlis Penyerahan Keputusan Kewarganegaraan di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan, demi menjaga keselamatan dan keamanan, kira-kira 3,000 penduduk di mukim Relau, Bandar Baharu, Kedah meminta kerajaan menutup segera depoh imigresen sementara yang menempatkan tahanan etnik Rohingya di kawasan tersebut.

Hal ini kerana kejadian tahanan etnik Rohingya merusuh dan meloloskan diri dari depoh imigresen itu pada Rabu lalu menimbulkan kebimbangan penduduk sekiranya berlaku insiden lebih buruk selepas ini.

Dalam kejadian pukul 4 pagi, 20 April lalu, seramai 528 tahanan Rohingya merusuh dan meloloskan diri dari Depoh Imigresen Sementara Relau dan enam daripada mereka maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri.

Sementara itu, Hamzah berkata, sehingga kini seramai 61 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri masih diburu oleh pihak berkuasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN