fbpx

Buli rakan: 13 pelajar dibebaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular menunjukkan seorang pelajar dipukul dan dibaling meja di sebuah sekolah menengah di Langkawi.

LANGKAWI- Seramai 13 pelajar Tingkatan Empat yang ditahan kerana kes pergaduhan beramai-ramai di sebuah sekolah menengah di sini dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, tindakan itu dilakukan selepas rakaman percakapan semua suspek telah diambil.

“Rakaman percakapan sudah selesai, pagi ini mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan awal juga mendapati, pergaduhan berpunca daripada ejek-mengejek di antara mangsa dan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Menurut Shariman, sebelum ini seramai 12 suspek ditahan pukul 12.30 tengah hari semalam dan seorang lagi ditahan pukul 3 petang pada hari sama.

“Seramai 13 pelajar tersebut ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pagi semalam,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan satu video menunjukkan sekumpulan pelajar bertindak membelasah seorang pelajar lain di dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI