fbpx

Wanita tikam anjing peliharaan serang bayi setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUBY cedera selepas diserang dua ekor anjing peliharaan keluarganya. – CBSLA/Twitter

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seorang wanita dari California, Amerika Syarikat menikam mati anjing peliharaan keluarganya selepas haiwan itu menyerang anak perempuannya yang berusia setahun, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Anjing baka Pitbull itu dilaporkan telah menggigit kaki Ruby Cervantes sebelum seekor yang lain turut menyerangnya pada Ahad lalu sekitar pukul 10.20 pagi (waktu tempatan) di kediaman keluarga tersebut.

Ibu mangsan, Jamie Morales yang cedera pada muka ketika meleraikan serangan, cuba menarik dua anjing itu namun gagal sebelum bertindak mengambil sebilah pisau lalu menikam seekor daripadanya sehingga mati.

“Saya terpaksa menikam anjing itu. Sama ada ia atau Ruby, saya pilih anak saya (Ruby),’’ kata Jamie kepada stesen televisyen KTLA.

Sementara itu, nenek kepada mangsa, Margaret Morales berkata, ketika berjalan ke dapur, dia melihat tiga anaknya berada di atas lantai dan cuba untuk menarik anjing-anjing itu.

“Ketika seorang daripada mereka bangun, barulah saya dapat melihat anjing-anjing tersebut menggigit kaki kiri cucu saya.

“Saya terpaksa mengalihkan gigi anjing itu daripada kakinya dan ia menggigit tangan saya sehingga luka,” kata Margaret.

Margaret membela dua haiwan itu sejak ia kecil. Anjing yang terselamat telah dibawa ke pusat kawalan haiwan dan akan dibunuh, demikian menurut agensi stesen televisyen NBC Los Angeles. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI