fbpx

Lori kontena terbakar dekat R&R Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan lori kontena yang terbakar dalam kejadian di KM 248.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat R&R Sungai Perak.

KUALA KANGSAR – Sebuah lori kontena membawa muatan barangan sejuk beku terbakar dalam kejadian di Kilometer (KM) 248.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini.

Kejadian berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.19 petang.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah lori muatan sejuk beku, bagaimana pun tiada mangsa terlibat.

“Operasi pemadaman sedang dijalankan,” ujar jurucakap itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI