fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersangkut pada dahan pokok kelapa sawit dalam kemalangan di Kampung Panggong Jaya, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Lelaki maut tercampak, tersangkut pada dahan kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta sebelum tersangkut pada dahan pokok kelapa sawit dalam kemalangan di Kampung Panggong Jaya di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.58 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dan sebuah lori.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan.

“Terdapat seorang mangsa berusia 41 tahun tercampak keluar dari kereta dan badannya tersangkut pada dahan kelapa sawit berhampiran lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN