fbpx

80,000 kenderaan masuk Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surina memakaikan topi keledar baharu kepada seorang penunggang motosikal di hadapan IPK Perlis hari ini.

KANGAR – Sebanyak 60,000 hingga 80,000 kenderaan dijangka masuk ke negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, anggaran kemasukan kenderaan tersebut dibuat berdasarkan 30 peratus daripada keseluruhan penduduk yang bekerja dan tinggal di luar negeri.

Katanya, Perlis tidak mempunyai laluan tol sebagai indikator menentukan bilangan kenderaan dengan tepat, namun beliau percaya ramai perantau akan pulang selepas hampir dua tahun terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Dengan pertambahan mendadak kenderaan pada musim perayaan ini, kita yakin bahawa akan berlaku kesesakan di enam kawasan tumpuan ramai sekitar negeri ini.

“Pihak polis akan menggerakkan 1,200 kekuatan pegawai dan anggotanya daripada pelbagai elemen bagi melancarkan pergerakan selain memastikan tidak berlaku sesuatu perkara tidak diingini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.

Terdahulu beliau melancarkan Op Selamat 18 dan Op Lancar peringkat negeri Perlis di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI