fbpx

Polis terima 7 laporan berhubung kes letupan mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai ketika sidang akhbar di IPD Sentul di sini hari ini

KUALA LUMPUR – Polis menerima tujuh laporan berhubung kejadian letupan mercun yang berlaku di dalam kawasan stor simpanan rampasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Jalan Sentul Works di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, setakat hari ini, tujuh laporan telah diterima membabitkan kes kerosakan harta benda namun tiada kecederaan baharu dilaporkan.

“Kita telah menerima sebanyak tujuh laporan berhubung kejadian letupan mercun tersebut, kesemua laporan itu berhubung kerosakan harta benda.

“Insiden berkenaan menyebabkan tiga lelaki berusia dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun bekerja sebagai pekerja am yang membantu proses pembersihan pelupusan ,” katanya ketika sidang akhbar di IPD Sentul di sini hari ini.

Mengulas lanjut, masing-masing mengalami kecederaan ringan pada bahagian belakang badan, lengan serta bahu dan telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Sebanyak 18 kereta dan dua buah lori juga telah mengalami kerosakan akibat letupan tersebut. Anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Siasatan di tempat kejadian juga masih lagi dijalankan Forensik Bomba Kuala Lumpur untuk mengenal pasti punca letupan,” jelasnya.

Eng Lai turut memberitahu, proses pelupusan juga telah dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan selepas menerima perintah mahkamah iaitu melupus barang kes dengan menggelek menggunakan jentolak sebelum disiram dengan air dan ditanam.

Kosmo! semalam melaporkan, penduduk di sekitar Sentul gempar selepas berlaku letupan mercun di sebuah tapak pelupusan di sini.

Insiden berkenaan berlaku ketika proses pelupusan sebanyak 1,059 kotak dan 35 guni mercun pelbagai bernilai RM4.1 juta yang diseludup masuk ke dalam negara untuk pasaran pada Aidilfitri hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI