fbpx

Bernas, KTMB edar 2,500 pek bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zain (kanan) diiringi oleh Rozita Ahmad (tengah) mengedarkan bubur lambuk anjuran Bernas kepada para penumpang tren elektrik (ETS) di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengedarkan sebanyak 2,500 pek bubur lambuk bagi meraikan penumpang tren elektrik (ETS) sempena perayaan Aidilfitri, di sini semalam.

Program julung kali itu bermula seawal pukul 8 pagi di stesen Kuala Lumpur manakala pukul 2.40 petang di stesen Sentral Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Bernas, Rozita Ahmad berkata, program penyediaan dan edaran bubur lambuk bernas dan KTMB merupakan kolaborasi pertama di antara dua syarikat ini.

“Buat pertama kali, gabungan kakitangan bernas dan KTMB berjaya menghasilkan lebih 2,500 pek bubur lambuk yang menggunakan beras putih tempatan dan juga beras wangi.

“Kami harap semua penumpang dapat menikmati bubur lambuk istimewa kami ini sebagai juadah berbuka puasa nanti,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha berkata, program pada hari ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim di antara dua organisasi, bahkan dapat berkongsi rezeki dengan penumpang yang sentiasa bersama kami.

“Kami mengucapkan selamat hari raya kepada yang meraikan, dan semoga perjalanan anda pulang dan kembali berjalan lancar, insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI